='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 5 March 2013

skiNy JeanS fOr FasHion


Skinny Jeans ataupun seluar yang berpotongan lurus mengikut kaki, dan agak mengecil di bahagian bawahnya, iaitu di bahagian buku lali merupakan trend bagi penggemar fesyen masa kini. Seluar jenis ini dipanggil Skinny Jeans kerana, ia menampakkan bentuk kaki si pemakai kelihatan kurus dan cantik. Sebenarnya, fesyen skinny jeans ini telah bermula sejak tahun 1980an lagi, namun begitu ia kembali menjadi trend fesyen pada lewat tahun 2006, apabila penyanyi Avril Lavigne telah memakai seluar ini dalam satu penggambaran klip video nya.


                                


Dalam dunia fesyen sekarang, trend seluar skinny jeans merupakan fesyen kegemaran setiap individu, sama ada lelaki mahupun wanita. Mungkin dahulunya seluar skinny ini hanya digayakan oleh mereka yang meminati muzik indie, tetapi tidak lagi sekarang. Ini adalah kerana, penggayaan seluar skinny jeans dalam fesyen harian telah menjadi satu fenomena baru dalam dunia fesyen sekarang. Selain itu, ia juga merupakan satu fesyen yang sangat menepati selera setiap individu, kerana dengan rekaannya yang mengikut potongan saiz kaki dan menampakkan kekemasan dalam berpakaian.


Selain itu, fesyen skinny jeans ini juga amat sesuai digayakan dengan pelbagai cara, mungkin boleh digayakan dengan blouse, t-shirt biasa, kemeja, dan sebagainya. Di pasaran sekarang, skinny jeans boleh didapati dalam pelbagai warna dan ini membolehkan penggemar fesyen ini memilih warna yang sesuai mengikut cita rasa setiap individu. Jadi, bagi mereka yang berani dalam berfesyen, bolehlah memilih warna-warna yang ceria seperti warna merah, biru, hijau, kuning, dan sebagainya. Pastinya anda akan kelihatan menarik dan amat fashionable.


                   

Namun begitu, dalam seronok dalam memilih fesyen skinny jeans ini, ingin dinasihatkan supaya jangan memilih saiz skinny jeans yang terlalu ketat, kerana ia boleh mengundang kecacatan dalam penggayaan harian anda. Hal ini kerana, ia akan menyebabkan anda susah untuk bergerak dan membuatkan anda kurang selesa sepanjang hari. Jadi, pilih saiz skinny jeans yang agak longgar sedikit dengan kaki anda, agar anda merasa selesa dan mudah untuk bergerak kemana sahaja.

Selain itu, pemilihan warna skinny jeans juga amat penting mengikut kesesuaian pakaian yang anda pakai. Ini adalah bagi mengelakkan gaya anda kelihatan pelik dan dikatakan buta dalam berfesyen. Jadi, anda perlu bijak untuk mix and match warna pakaian anda, agar ia kelihatan menarik dan cantik serta bersesuian dengan situasi. Tidak salah untuk berani memilih warna yang terang, tetapi pastikan ia sesuai dengan situasi dan tempat yang ingin anda tuju.


                     


              


Dalam berfesyen, anda perlu berani dan yakin dalam setiap fesyen yang anda gayakan. Jangan terlalu over berfesyen hingga menampakkan anda seperti buta fesyen, dan kelihatan pelik di mata setiap individu. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk mix and match kan pakaian anda, cari sumber rujukan seperti majalah fesyen ataupun website fesyen sebagai panduan. Selamat berfesyen!!!

Wednesday 27 February 2013

seriuss canteekkk










Wah, cantiknya baju tuh ! nak beli lah. Muat tak muat belakang kira janji aku dapatkan dia dulu!”


Pernahkah kamu berada seperti situasi di atas ? Membeli tanpa berfikir panjang ! Jaga-jaga takut di kesudahannya kamu menyesal kerana berhabis duit demi sehelai pakaian yang kamu sendiri tidak puas hati. Jom pelajari 5 pekara yang seharusnya kamu titik beratkan ketika memilih pakaian.


1. Saiz yang betul

Sebaiknya sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu cuba dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, sebelum membazir apa kata kamu pastikan dahulu adakah ia berbaloi untu di beli atau sebaliknya.



2. Rona warna yang sesuai

Pemilihan warna juga penting. Kamu perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulitmu ? adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut kamu yang lain. Adakah ia sesuai dengan warna tudung mu dan sebagainya.



3. Teliti jenis kain

Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kamu beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya. Bukan apa takut-takut2 jenis kain itu tidak sesuai dengan mu dan akan menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!


4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!

Jaga-jaga! Adakalanya malang tidak berbau. Siapa yang akan perasan kalau baju atau seluar yang kamu beli itu berlubang atau terkoyak ? Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya nanti tak pasal kamu perlu ke kedai itu semula untuk kali ke dua!



5. Pastikan zip berfungsi dengan betul

Selain daripada memastikan baju atau seluar itu tidak berlubang atau terkoyak. Kamu juga harus memastikan adakah zip (jika ada) ia berfungsi dengan betul atau tidak. Mana tahu sedang kamu berbangga dengan baju baru ada pula insiden yang memalukan berlaku.








Saturday 23 February 2013

Tip fesyen tubuh besar





1. Pakaian berjalur lurus dan tegak membuatkan bentuk badan lebih langsing.

2. Elak memilih fesyen bercorak sarat, ia akan menampakkan bentuk badan lebih besar.

3. Pilih warna rona lembut dan kosong terutama untuk kemeja bagi penampilan nampak kemas dan kosong.

4. Untuk menyembunyikan bentuk badan, warna gelap adalah alternatif terbaik bagi si bertubuh besar.

5. Padanan warna lembut dan terang di bahagian atas pinggang diyakini mampu mengimbangi berat badan. Manakala gayakan pula seluar rona hitam untuk kesan seimbang.

6. Elak menggayakan beberapa aksesori tambahan seperti jaket, selendang mahupun baju sejuk kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan gempal.

7. Pastikan pakaian yang dipilih sedikit longgar dan tidak melekap pada badan. Pakaian yang melekap hanya akan menampakkan lagi lemak pada tubuh badan.

8. Padanan kemeja-T dan denim longgar mampu mencetus gaya sederhana tapi menarik.

9. Tidak salah berfantasi gaya seperti yang bertubuh kecil asalkan bijak menyesuaikan warna dan saiz pakaian.

10. Akhir sekali, jangan sesekali takut atau ragu untuk bergaya. Beranikan diri mencuba gaya terbaru dan ketepikan kritikan negatif asalkan anda tampil hebat.


Panduan XXL

Warna

Pakar fesyen menyatakan warna gelap dapat memberi kesan lebih ramping. Justeru, beranikan diri memilih warna seperti:

# Hitam

# Merah

# Ungu

# Hijau gelap

# Biru tua

Corak

Sekalipun hanya corak, namun ia memberi makna besar dalam penampilan anda. Pilihlah corak berikut:

# Berjalur

# Motif sederhana

# Rekaan seimbang

Fabrik

Fabrik kapas amat sesuai dijadikan pakaian harian kerana menyerap peluh. Jika ingin menghadiri sesuatu majlis , pilih fabrik yang tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Bahan nipis seperti sifon atau organza sebolehnya dielakkan kerana boleh menampakkan lekuk dan bayangan badan yang tidak diingini. Seeloknya, jika mahu ke parti pilihlah fabrik dari jenis tisu dan viscose.

Sambung Baca:
http://anizyn.blogspot.com/2009/02/tip-fesyen-tubuh-besar-jejaka.html#ixzz2LmWBMD9h

PADANAN WARNA TUDUNG DAN BAJU





hye smua :) hari nie sy nk brkongsi ngn korang tips yg mungkin sdikt sebyk dpt membntu korang semua diluar sana. Percaya atau tidak tudung kini merupakan fesyen terkini. Walaupun begitu masih ramai lagi yang tdk tahu utk memadankan tudung yg ingin digayakan dgn baju yg dipakai. Bagi sesiapa yg menghadapi masalah tersebut bolehlah mencuba beberapa tips ini :)
Tudung bercorak bunga bsar boleh digayakan dgn bju kurung @ jubah brwarna garang dan polos.
Baju brcorak @ brbunga tudung yg ingin dipakai mstilah yg brwarna pling sdikit di bju anda. Sbgai contoh, jika warna kelabu pling sdikit di bju anda tudung yg diplih mstilah brwarna klabu juga.
Bg sesiapa yg brkulit kuning langsat tudung brwarna lavender,merah jambu dan biru akn mnyerlahkan lgi dri anda.
Bg yg brkulit putih,warna hijau,ungu dan lavender akn menyegarkan lg wajah anda.Elakkan drpd memakai tudung brwarna kelabu gelap bg mngelakkan muka klihatan tdk bermaya dan kusam.
Biasakan diri drpd tdk memakai tudung brwarna sedondon dgn baju.
Utk tampil lbih ceria,anda bolehlah mencuba tudung yg polos atau tudung kosong yg brwarna cerah.
Bg yg mempunyai bentuk muka bulat,pastikan tudung yg dipilih brcorak kcil dan tdak pnuh bg mengelakkan wajah tampak pnuh dan tdk terurus.

# untuk sentuhan terakhir,kemaskan tudung dibwah kerongsang slpas dipinkan bg mengelakkan lilitan tudung kelihatan menggelembung.SELAMAT MENCUBA !!

Cara Padanan Tudung.


Warna adalah faktor yang mempengaruhi mood dan penampilan seseorang. Warna pakaian dan tudung harus sepadan agar penampilan anda tidak kelihatan janggal. Begitu juga dengan warna kulit.



Kulit cerah atau putih


Elak warna-warna pastel seperti biru muda, pink lembut dan coklat muda kerana ia lebih memperlihatkan anda lebih 'pucat'. Pilihlah warna-warna terang bagi menyerlahkan seri wajah anda.Kuning langsat


Pilihan warna tropika seperti jingga, pink, hijau, kuning dan biru. Elak warna-warna yang kedam agar wajah anda tidak kelihatan kusam atau kurang bermaya.


Sawo matang

Pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda kelihatan lebih menarik. Elak warna-warna gelap seperti kelabu.


Kulit gelap

Bagi yang berkulit hitam manis, elak memilih warna seperti coklat, hitam, merah dan hijau gelap. Bagi yang berkulit coklat, paduan warna terang dan gelap mampu menyerlahkan kulit secara keseluruhan. Antaranya ialah hitam, putih, merah jambu dan biru laut.

‘Plus size’ bukan halangan untuk berfesyen

------------Mix & Match fashion... i da banyak kali survey tgk fashion.... waaa.... bnyak yg cantik2..antaranya mcm kat bawah nie -------------------->>





hye korang :)


hri nie sy nk share dgn korang berkenaan dengan perkembangan fesyen zaman sekarang ni tidak kira la macam mana pun rupa bentuk badan kita, kita stilll boleh bergaya rite ? tapi kita kena pilih pakaian yang yang sesuai dengan bentuk badan kita agar tidak nampak pelik serta dan yang paling penting mengikut syariat kenalah menutup aurat.. heheheheh...


Tips pemilihan pakaian











Segi empat bujur


Wanita yang mempunyai garis pinggang yang kecil atau pun tiada langsung, sesuai memakai baju yang mempunyai lapik di bahu, vest, jaket, atau fabric lembut untuk bahagian atas


Berlian


Bentuk berlian di kategorikan kepada wanita yang mempunyai pinggul atau perut yang agak besar daripada dadanya. Kalau nak Nampak kurus perlulah mengenakan asksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, atau gaun tanpa lengan dan vest terbuka... amat sesuai.. tapi untuk yang beragama islan tidak digalakkan untuk memqkai gaun tanpa lengan.. kalau ada lapik luar yang menutup aurat dibenarkan...janganla pulak jarang ya, sampai menunjukkan bentuk badan.


Bujur telur


Bagi wanita yang mempunya bentuk badan bujur telur pula ... mereka sesuai sekali memakai baju yang mempunyai garis leher berbentuk V. Corak garis menegak, corak garis geometri ataupun memilih pakain daripada warna2 asli gelap hingga sederhana. + mereka juga boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna –warni untuk mengalih perhatian.




Hourglass


Bentuk badan di idamkan sebagai seorang wanita yang mempunyai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk ukuran dada dan pinggul yang agak sama. sementara ukuran pinggangnya 25cm(10 inci) lebih kecil daripada dada atau pingulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini sesuai dengan apa sahaja pakaian. Dan proses membeli belah pun sngat mudah bagi mereka.


Segi tiga terbalik


Bentuk badan seperti ini juga bentuk badan ke2 yang diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A. Terstur yang garang, corak bergaris mendatar serta berseluar labuh, atau meminimumkan bahagian atas badan blaous berkolar luas.



Segi3( buar pear)


Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu. Ia adalah acsesory penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai untuk bahagian skirt ataupon seluar.










ok, harap kita faham serba sedikit tentang pemilhan baju dan bentuk badan, jangan nak pakai jak sebab kena fikir persepsi orang yang melihat kita sama ada tergelak atau pun mengagumi.Tapi tips paling berguna jangan korbankan aurat kita kerana perkembangan fesyen semata-mata ^-*.