='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 5 March 2013

skiNy JeanS fOr FasHion


Skinny Jeans ataupun seluar yang berpotongan lurus mengikut kaki, dan agak mengecil di bahagian bawahnya, iaitu di bahagian buku lali merupakan trend bagi penggemar fesyen masa kini. Seluar jenis ini dipanggil Skinny Jeans kerana, ia menampakkan bentuk kaki si pemakai kelihatan kurus dan cantik. Sebenarnya, fesyen skinny jeans ini telah bermula sejak tahun 1980an lagi, namun begitu ia kembali menjadi trend fesyen pada lewat tahun 2006, apabila penyanyi Avril Lavigne telah memakai seluar ini dalam satu penggambaran klip video nya.


                                


Dalam dunia fesyen sekarang, trend seluar skinny jeans merupakan fesyen kegemaran setiap individu, sama ada lelaki mahupun wanita. Mungkin dahulunya seluar skinny ini hanya digayakan oleh mereka yang meminati muzik indie, tetapi tidak lagi sekarang. Ini adalah kerana, penggayaan seluar skinny jeans dalam fesyen harian telah menjadi satu fenomena baru dalam dunia fesyen sekarang. Selain itu, ia juga merupakan satu fesyen yang sangat menepati selera setiap individu, kerana dengan rekaannya yang mengikut potongan saiz kaki dan menampakkan kekemasan dalam berpakaian.


Selain itu, fesyen skinny jeans ini juga amat sesuai digayakan dengan pelbagai cara, mungkin boleh digayakan dengan blouse, t-shirt biasa, kemeja, dan sebagainya. Di pasaran sekarang, skinny jeans boleh didapati dalam pelbagai warna dan ini membolehkan penggemar fesyen ini memilih warna yang sesuai mengikut cita rasa setiap individu. Jadi, bagi mereka yang berani dalam berfesyen, bolehlah memilih warna-warna yang ceria seperti warna merah, biru, hijau, kuning, dan sebagainya. Pastinya anda akan kelihatan menarik dan amat fashionable.


                   

Namun begitu, dalam seronok dalam memilih fesyen skinny jeans ini, ingin dinasihatkan supaya jangan memilih saiz skinny jeans yang terlalu ketat, kerana ia boleh mengundang kecacatan dalam penggayaan harian anda. Hal ini kerana, ia akan menyebabkan anda susah untuk bergerak dan membuatkan anda kurang selesa sepanjang hari. Jadi, pilih saiz skinny jeans yang agak longgar sedikit dengan kaki anda, agar anda merasa selesa dan mudah untuk bergerak kemana sahaja.

Selain itu, pemilihan warna skinny jeans juga amat penting mengikut kesesuaian pakaian yang anda pakai. Ini adalah bagi mengelakkan gaya anda kelihatan pelik dan dikatakan buta dalam berfesyen. Jadi, anda perlu bijak untuk mix and match warna pakaian anda, agar ia kelihatan menarik dan cantik serta bersesuian dengan situasi. Tidak salah untuk berani memilih warna yang terang, tetapi pastikan ia sesuai dengan situasi dan tempat yang ingin anda tuju.


                     


              


Dalam berfesyen, anda perlu berani dan yakin dalam setiap fesyen yang anda gayakan. Jangan terlalu over berfesyen hingga menampakkan anda seperti buta fesyen, dan kelihatan pelik di mata setiap individu. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk mix and match kan pakaian anda, cari sumber rujukan seperti majalah fesyen ataupun website fesyen sebagai panduan. Selamat berfesyen!!!