='"loading" + data:blog.mobileClass'>

infO feSyen :))


Victoria Caroline Beckham atau dikenali sebagai Victoria Beckham atau Posh merupakan isteri kepada bintang bola sepak sensasi David Beckham ini sering tampil dengan fesyen tersendiri. Beliau yang merupakan pereka fesyen bagi jenama Victoria Beckham sering bermain dengan rona warna eksklusif dan reka bentuk yang menawan. Kini fashion.com(mix n match) menampilkan reka bentuk memukau yang dihasilkan oleh beliau bagi musim 2013.



Penyanyi ke pereka fesyen, pasti sukar bagi sesetengah orang. Namun empayar fesyen Posh kelihatan berjaya dalam melakukan perubahan kerjaya sehinggakan ianya memberikan hasil yang baik kepada beliau.



Beliau yang bijak bereksperimen tidak melupakan untuk mengekalkan pakaian klasik dalam bergaya, malahan sifatnya yang rajin bereksperimen dengan gaya terkini mampu membuktikan bahawa beliau sememangnya fashionista yang berjaya. Hasil pengguna rona warna daripada hitam, putih, kelabu gelap dan merah, maka terhasillah ciptaan Victoria Beckham buat si pemakai untuk musim 2013!



Berikut merupakan foto-foto fesyen Victoria Beckham bagi musim 2013 :











Fesyen Kardigan Sama Tapi Tak Serupa








Kardigan mula memasuki industri fesyen pada tahun 1940 di mana pada zaman tersebut kardigan dijadikan sebagai satu fesyen dan bukan lagi dilihat sebagai baju pemanas badan.Dari masa ke semasa penggunaan kardigan terus mendapat perhatian dan mula dipakai secara lebih elegan oleh peminat fesyen.












Perubahan Zaman
Antara perubahan yang boleh dilihat antara dulu dan sekarang tentang kardigan ialah dahulunya kardigan hanya diperbuat daripada bulu kambing biri-biri kini mula diperluaskan dengan penggunaan fabrik lain seperti kain kapas serta sutera.Ini bertujuan bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai dan menyesuaikannya mengikut cuaca.Keduanya,pemilihan warna kardigan pada zaman dahulu kebanyakan bersifat lembut tetapi kini telah berubah kepada warna-warna yang lebih terang.Begitu juga dengan coraknya dari kreativiti dari pereka-pereka fesyen yang terpenting.Lebih menarik lagi,penambahan tali pinggang,butang yang lebih besar pada kardigan menjadikannya lebih unik.


Terus menjadi perhatian


Pereka-pereka terkenal kini masih menjadikan kardigan sebagai antara konsep terpenting dalam menghasilkan rekaan yang menarik.Antara kelainan yang telah dibawa oleh pereka-pereka terkenal ialah 'ultra-long to knees model' yang juga boleh digunakan sebagai 'coat'.







INFO 3 sebab kamu perlu memakai kardigan

Fleksibel - Kamu boleh menggayakannya dengan apa-apa gaya dan keadaan.Contohnya kamu boleh menggayakannya ke kelas,ke pejabat dan keluar makan dengan si dia atau berjumpa dengan teman-temanmu.Lebih sopan dan tetap bergaya.




Baju persediaan - Kamu boleh memakainya ketika menonton wayang untuk mengelakkan kesejukan dan meletakkannya di dalam beg sandang kamu,apabila kamu tidak memerlukannya.Kamu akan sentiasa tampil cantik dan selesa walau apa pun keadaannya.




Selebriti juga memakainya! - Lihat sahaja Nicole Richie dan Jessica Alba menggayakannya dengan dress atau skinny jeans,kamu pasti tampil sehebat mereka.



Zaman sekarang ni dunia fesyen bukan semata-mata untuk wanita. Golongan lelaki pun sudah pandai berfesyen dan bereksperimen dengan fesyen. Tetapi kalau gayanya tidak kena, takut pula kelihatan ‘overdressed’ atau pun pelik. Jadi untuk lelaki yang ingin atau mahu kelihatan segak, ada beberapa tips yang perlu anda ikuti.

1. Ringkas tetapi bergaya

Bila bercakap tentang fesyen dan gaya, tak semestinya anda perlu berpakaian seperti seorang artis di karpet merah. Ringkas sudah mencukupi. Untuk tips mudah berfesyen, amalkan gaya pakaian yang tidak menggunakan lebih dari 3 warna.


Amal gaya pakaian gabungan tak lebih tiga warna



2. Pilih pakaian ikut badan

Masalah utama lelaki adalah suka memakai baju yang lebih besar dari badan. Selalunya di pusat membeli belah, terdapat bilik mencuba pakaian yang boleh anda gunakan untuk mencuba baju yang sesuai dengan badan anda.

3. Peka pada fesyen dan pakaian anda


Contoh aksesori yang sesuai dan ringkas yang boleh anda padankan dengan pakaian anda

Jangan terlebih berfesyen kerana itu bakal membuatkan anda sendiri rasa tak selesa ( melainkan anda memang suka menjadi tumpuan ramai! ) . Jika anda mahu pergi ke tempat yang panas, jangan memakai baju yang tebal manakala kalau mahu pergi ke majlis rasmi, jangan sekali-kali memakai tshirt tidak berkolar.

4. Jangan beli kerana jenama

Pastikan anda bertanya pada diri sendiri sebelum membeli pakaian. Biar beli pakaian murah tetapi smart berbanding pakaian mahal tetapi tak menarik dan tak selesa.



5. Jangan malu minta pendapat orang



Rajin-rajinlah bertanya pada rakan rapat anda apa yang sesuai dipakai oleh anda. Ataupun warna warna tertentu yang sesuai dengan warna kulit anda serta aksesori yang sesuai digayakan oleh anda. Mungkin anda boleh dapatkan tips menarik serta pandangan jujur dari kawan dan keluarga anda.



6. Elakkan membeli belah sendirian



Ajaklah paling kurang seorang rakan. Kadang-kadang penjual ni memang cakap saja baju itu cantik dan padan dengan anda, padahalnya tidak. Mereka akan memuji-muji anda untuk memastikan barangan mereka terjual.

7. Jangan terikat pada trend

Jangan biasakan diri anda mengikut trend kerana selalunya trend tidak akan kekal lama. Cuba sekali sekal mix and match pakaian baru dan lama. Mesti nampak menarik!



8. Pastikan wajah bersih dan kemas


David Beckham merupakan ikon fesyen terkenal dan menjadi sumber inspirasi lelaki apabila berfesyen. Lihat sajalah gaya rambutnya yang sentiasa menjadi ikutan



Kalau pandai berfesyen tetapi tidak tahu menjaga kebersihan diri pun tak guna juga. Paling penting jaga kebersihan wajah dan badan anda serta jangan lupa memakai deodorant. Cukur segala bulu yang tidak perlu disimpan dan biarlah wajah anda terutamanya nampak terurus.

9. Pastikan sepadan

Sentiasa pastikan anda berfesyen kena pada gaya. Duduk depan cermin dan lihat apa yang sesuai dan apa yang tidak kena. Contohnya, elakkan pakai baju t berbelang-belang dengan seluar kotak-kotak. Tak ke pelik tu?









Jika dahulu fesyen Bohemian atau mudah dikenali sebagai Boho sangat menjadi trend pada zaman 70-an, namun kini ia muncul kembali dengan gaya yang lebih memukau dan menarik. Jom pelajari dan ketahui pakaian-pakaian yang menjadi pilihan gadis-gadis Boho ini.

1. Gaun Labuh: Gadis Boho sangat gemar mengenakan gaun labuh. Jadi, pilihlah gaun yang berwarna earth dan bercorak abstrak untuk memukau mata orang yang memandang.


2. Kardigan: Gabungan gaun dan kardigan labuh yang besar sangat sesuai dipadankan bersama. Ia juga sebahagian daripada pakaian wajib yang harus dipakai oleh gadis Boho ini. Jadi, untuk memberikan impak yang lebih menawan, apa kata pilih kardigan yang berwarna lebih terang berbanding gaun.


3. Aksesori: Pemilihan aksesori sangat memainkan peranan penting. Oleh itu, pastikan aksesori yang dipilih kena dengan pakaian yang kamu pakai. Jangan risau, lebih banyak aksesori yang kamu padankan, akan lebih menarik dan cantik kamu nanti.


4. Kasut: Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi kerana ia memang tidak sesuai jika digayakan dengan penampilan Boho. Sebaliknya, beranikan diri kamu dengan memakai kasut but atau sandal yang berwarna tanah atau keperang-perangan.


5. Beg Tangan: Elakkan daripada memilih beg yang bercorak kerana ia akan mengelirukan lagi mata orang yang memandang. Ini kerana ia akan menampakkan diri kamu lebih pelik, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena. Oleh itu, pilihlah beg yang berwarna plain dan kelihatan seperti kulit. Nah kamu pasti akan kelihatan wow!

2 comments: