='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 23 February 2013

Cara Padanan Tudung.


Warna adalah faktor yang mempengaruhi mood dan penampilan seseorang. Warna pakaian dan tudung harus sepadan agar penampilan anda tidak kelihatan janggal. Begitu juga dengan warna kulit.



Kulit cerah atau putih


Elak warna-warna pastel seperti biru muda, pink lembut dan coklat muda kerana ia lebih memperlihatkan anda lebih 'pucat'. Pilihlah warna-warna terang bagi menyerlahkan seri wajah anda.Kuning langsat


Pilihan warna tropika seperti jingga, pink, hijau, kuning dan biru. Elak warna-warna yang kedam agar wajah anda tidak kelihatan kusam atau kurang bermaya.


Sawo matang

Pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda kelihatan lebih menarik. Elak warna-warna gelap seperti kelabu.


Kulit gelap

Bagi yang berkulit hitam manis, elak memilih warna seperti coklat, hitam, merah dan hijau gelap. Bagi yang berkulit coklat, paduan warna terang dan gelap mampu menyerlahkan kulit secara keseluruhan. Antaranya ialah hitam, putih, merah jambu dan biru laut.

No comments:

Post a Comment