='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 23 February 2013


hye korang :)


hri nie sy nk share dgn korang berkenaan dengan perkembangan fesyen zaman sekarang ni tidak kira la macam mana pun rupa bentuk badan kita, kita stilll boleh bergaya rite ? tapi kita kena pilih pakaian yang yang sesuai dengan bentuk badan kita agar tidak nampak pelik serta dan yang paling penting mengikut syariat kenalah menutup aurat.. heheheheh...


Tips pemilihan pakaian











Segi empat bujur


Wanita yang mempunyai garis pinggang yang kecil atau pun tiada langsung, sesuai memakai baju yang mempunyai lapik di bahu, vest, jaket, atau fabric lembut untuk bahagian atas


Berlian


Bentuk berlian di kategorikan kepada wanita yang mempunyai pinggul atau perut yang agak besar daripada dadanya. Kalau nak Nampak kurus perlulah mengenakan asksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, atau gaun tanpa lengan dan vest terbuka... amat sesuai.. tapi untuk yang beragama islan tidak digalakkan untuk memqkai gaun tanpa lengan.. kalau ada lapik luar yang menutup aurat dibenarkan...janganla pulak jarang ya, sampai menunjukkan bentuk badan.


Bujur telur


Bagi wanita yang mempunya bentuk badan bujur telur pula ... mereka sesuai sekali memakai baju yang mempunyai garis leher berbentuk V. Corak garis menegak, corak garis geometri ataupun memilih pakain daripada warna2 asli gelap hingga sederhana. + mereka juga boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna –warni untuk mengalih perhatian.




Hourglass


Bentuk badan di idamkan sebagai seorang wanita yang mempunyai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk ukuran dada dan pinggul yang agak sama. sementara ukuran pinggangnya 25cm(10 inci) lebih kecil daripada dada atau pingulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini sesuai dengan apa sahaja pakaian. Dan proses membeli belah pun sngat mudah bagi mereka.


Segi tiga terbalik


Bentuk badan seperti ini juga bentuk badan ke2 yang diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A. Terstur yang garang, corak bergaris mendatar serta berseluar labuh, atau meminimumkan bahagian atas badan blaous berkolar luas.



Segi3( buar pear)


Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu. Ia adalah acsesory penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai untuk bahagian skirt ataupon seluar.










ok, harap kita faham serba sedikit tentang pemilhan baju dan bentuk badan, jangan nak pakai jak sebab kena fikir persepsi orang yang melihat kita sama ada tergelak atau pun mengagumi.Tapi tips paling berguna jangan korbankan aurat kita kerana perkembangan fesyen semata-mata ^-*.

No comments:

Post a Comment